Somewhere along the line, we stop doing something that we always do.
I started to think that maybe this is the end.
But hey look at the bright side, it may be the start of something new.
Something good hopefully.
04102017
Assalamualaikum
Kata-kata itu doa,
Cakap yang baik-baik,
Yang datang pun baik-baik.. In shaa Allah
Kata-kata itu doa,
Cakap yang buruk-buruk,
Yang datang pun buruk-buruk lah.. Nauzubillah min zalik
"Aku bodoh"
"Aku miskin"
"Aku tak boleh buat ni aku tak boleh buat tu"
"Semua orang benci aku "
Jadi betul-betul nanti haa baru padan muka.
Biasalah semua orang mesti kena uji.
' There's always rainbow after the rain'
Yakinlah di setiap kesusahan pasti datang kesenangan.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Bye
01082017
Assalamualaikum
It's been awhile.
Cuma nak cakap,
Hargailah apa yang orang buat.
Hargailah perasaan orang lain.
Mungkin kecil bagi kita
Tapi sangat bermakna bagi mereka.
Sekian.
-Admin 1
![]() |
| Peter Pan |
Bila kita tanam anak pokok, satu je kita mintak. Pokok tu membesar.
Kalau dah besar tu berbuah berbunga lagi la okay, macam sampingan.
Tapi kalau pokok mati bukan dek tua?
Boleh jadikan kayu api kan?
Sedarlah, begitu juga harapan.
Bila kita hendakkan sesuatu, harapan hadir bersama menakjubkan lagi erti keikhlasan.
Tapi bila harapan punah di tengah jalan?
Allah nak mengajar kita, benda atau sesuatu sekalipun, bukan bermakna datu je yang membentuk diri kita.
Jadilah kayu api.
09122016
Cuba pejam mata dan bayangkan kita dah jadi seorang ayah dan dah punya anak. Anak perempuan.
Lepas tu lagi bayangkan pulak anak perempuan kita tu berkawan dan mungkin bercinta dengan seorang lelaki yang sememangnya sama dengan diri kita terutamanya dari segi sifat dan perangai. Hmm
Sudah bayangkan? Jadi apa yang kamu rasa? Adakah kita akan senyum?
Kalau kau tak senyum...
Maka berubahlah. Ubah lah diri kita menjadi lebih baik.
Moga Allah bantu.
Selamat malam.
- Admin 1
Tak teringin ke tudung zip by Nora Danish ni ?
Ok. Bukan ape.
Tapi sebab apa tudung? Adakah sebab tutup aurat?
Yezza. Pandai , sebab mana mana orang pun tahu pasal tutup aurat ni.
Yang suka layan kdrama tu? Tahu tak makanan korea? Sedap? Mana korang tahu sedap sedangkan tak makan lagi.
Sesuatu benda tu tak cakap kalau sekadar tahu. Kita kena rasa benda tu, baru kita tahu.
Kalau kita sekadar tahu tutup aurat ni kewajipan kita, tak cukup tanpa rasa. Allah dah ciptakan sesuatu benda mempunyai 'rasa'.
Kenalkan lah hati kita dengan rasa dan tahu ni terhadap iman kepada Allah, In sha Allah.
-AdminTengahKelas
06122016
"Nilai orang jangan hanya pada paras rupa ."
dek kerana muka macam celaka kau hina lebih dari ahli neraka .
Diri sendiri tak punya apa hanya berkuasa bila berkata kata.
Soalkan kata di benak kepala ' apa aku ini ahli syurga ?' .
- Naiman Rosle
28112016
Semua orang berhak untuk gembira. Semua orang mampu untuk bahagia. Dan untuk rasa benda tu ada banyak cara. Mungkin berbeza cara bagi orang yang berbeza.
Tapi apa yang paling penting pada pandangan aku...
The secret to happiness is to not expect too much.
Tak salah nak berharap cuma jangan terlampau berharap sebab pada kebiasaannya kekecewaan yang menanti. Jeez susah.
... and maybe I expect too much.
Sekian.
- Admin 1
P/S: Hari ni birthday aku huhu
27112016
Ada pepatah kata;
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Jadi ayuh lah kita saling membantu. Apa salahnya kalau kita berjaya sama sama? Target kita ialah semua sahabat kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Bukankah itu lebih baik?
Bila kita di atas, kita tolong mereka yang di bawah. Hulurkan tangan kita, sama sama kita naik.
Ini tidak, bila kawan jatuh lagi lah kita suka. Kalau boleh, kita je nak berjaya. Lagi teruk ada yang sanggup buat jahat, yang penting kawan gagal. Kenapa sampai begitu sekali?
Ego.
Satu je nak pesan.
Kawal ego kita, jangan ego yang kawal kita.
Bai
-Admin 1
12112016
Manusia.
Mereka tidak ambil peduli tentang diri mereka sendiri.
Terasa diri mereka sempurna walau pada hakikatnya tidak.
Memikirkan masalah masalah utama yang berlaku di dunia tetapi mereka lupa masalah yang berlaku dalam hati mereka sendiri.
Renungkan.
Assalamualaikum
- Kawan admin 1 huhu