Saturday, December 10, 2016

Dulu dulu

11122016

Aku rindu waktu kecik dulu. Masa tu hidup ni mudah je, masalah pun tak ada.

Takde orang kisah apa kita pakai, macam mana kita makan, boleh berlari sana sini, ramai kawan. Pendek kata bahagia la.

Masa tu kita tak kisah pun dengan siapa kita berkawan asalkan dapat main bersama. Lagi ramai lagi best. Tak ada soal nak bertanding atau apa apa, cuma untuk dapat seronok je. Semua orang adalah kawan.

In short, childhood is indeed the part of life that creates beautiful memories. 

Kalau boleh nak jadi budak-budak balik kan? haha. Yang anehnya, waktu kecik dulu kita jugak yang tak sabar nak jadi dewasa. (Aku belum dewasa tapi aku dah rasa sikit sikit realiti kehidupan cewah haha)
Dah nak buat macam mana sebab budak ni dia pandang tinggi dekat orang dewasa.

Rasanya sekarang aku faham kenapa Peter Pan tak nak membesar jadi dewasa. 


Peter Pan
Semuanya indah sehinggalah kita mula sedar masyarakat sekeliling dah mula judge perbuatan kita atau lebih tepat cari buruk kita. 
Sehinggalah kita sedar kita tak perlukan kawan yang ramai tapi nak kawan yang sebenar sahaja.
Sehinggalah kita dapat lihat realiti kehidupan di mana semua orang sanggup berubah demi kepentingan sendiri.

Adakah ini sebenarnya 'dewasa' yang kita impikan masa kita kecik dulu?

Sebenarnya kita bukan membesar, kita cuma berlakon di depan masyarakat je. Susah nak jadi diri sendiri. 

Growing up is never easy.

Tapi what can I say is that, kamu mungkin lupa indah dan bahagianya waktu kanak kanak kamu, tapi cuba untuk jangan sesekali lupa bahawa kita pernah jadi seorang manusia yang penyayang, yang bencikan pergaduhan, seorang yang gembira dan truly be yourself.

Sebarkan bahagia.
- Admin 1 

1 comment:

  1. pennulisan mcm banna. nak jdi mcm man banna ke ?

    cc:admin 1

    ReplyDelete