Sunday, November 27, 2016

The secret to Happiness

28112016

Semua orang berhak untuk gembira. Semua orang mampu untuk bahagia. Dan untuk rasa benda tu ada banyak cara. Mungkin berbeza cara bagi orang yang berbeza.

Tapi apa yang paling penting pada pandangan aku...

The secret to happiness is to not expect too much.

Tak salah nak berharap cuma jangan terlampau berharap sebab pada kebiasaannya kekecewaan yang menanti. Jeez susah.

... and maybe I expect too much.

Sekian.
- Admin 1

P/S: Hari ni birthday aku huhu

Ego

27112016

Ada pepatah kata;

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jadi ayuh lah kita saling membantu. Apa salahnya kalau kita berjaya sama sama? Target kita ialah semua sahabat kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Bukankah itu lebih baik?

Bila kita di atas, kita tolong mereka yang di bawah. Hulurkan tangan kita, sama sama kita naik.

Ini tidak, bila kawan jatuh lagi lah kita suka. Kalau boleh, kita je nak berjaya. Lagi teruk ada yang sanggup buat jahat, yang penting kawan gagal. Kenapa sampai begitu sekali?

Ego.

Satu je nak pesan.
Kawal ego kita, jangan ego yang kawal kita.

Bai
-Admin 1

Tuesday, November 15, 2016

Cinta Itu Buta

Biasanya kita dengar orang cakap , cinta atas dasar tak kenal rupa , harta dan pangkat .
Hakikatnya , cinta itu buta ni kita menutupi segala kekurangan pasangan kita. Pembetulan nya , buta. Kita buta menetapkan keburukan pasangan kita, dengan menampakkan segala kebaikan dia. Jangan lah bercinta 'cinta itu buta', kerana ini membenarkan lagi kita bercinta dalam keadaan menipu.
Usahlah tertipu daya dengan cinta buta, sebetulnya bukalah mata dalam bercinta.
SalamSatuMalaysia.
-Admin 3

Friday, November 11, 2016

Hakikat manusia kini

12112016

Manusia.
Mereka tidak ambil peduli tentang diri mereka sendiri.
Terasa diri mereka sempurna walau pada hakikatnya tidak.

Memikirkan masalah masalah utama yang berlaku di dunia tetapi mereka lupa masalah yang berlaku dalam hati mereka sendiri.

Renungkan.
Assalamualaikum

- Kawan admin 1 huhu